Artikel

Singapura Wajibkan Majikan Sedia Pelan Jagaan Asas – Untuk Kebajikan Pekerja Asing

Bermula 1 April, negara jiran Singapura kelak mewajibkan majikan di negara mereka untuk membeli dan menyediakan pelan jagaan asas kepada pekerja asing – sebagai sebahagian syarat pas pekerjaan mereka.

Tindakan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) itu akan dikenakan kepada petugas di sektor pembinaan, pembaikan kapal dan bahagian pemprosesan.

Melalui pelan yang menelan perbelanjaan hampir RM430 (S$138) setahun ini – ia akan membantu hampir keseluruhan penjagaan asas pekerja. Merangkumi perubatan, perbaharui pas, mendapatkan khidmat nasihat perubatan biasa dan kronik tanpa sebarang had.

Turut difahamkan menerusi pelan itu, untuk setiap temujanji rawatan – pekerja asing sekadar membayar RM15 (S$5) bagi pusat perubatan sementara RM6 (S$2) untuk sesi teleperubatan.