Artikel

RM1.7 Bilion Untuk Penawaran 80,000 Peluang Pekerjaan Di Malaysia

Sejumlah RM1.7 bilion kini diperuntukan negara di bawah MySTEP 2022 bagi membuka peluang pekerjaan jangka pendek di Malaysia.

Dijangka perluasan peluang pekerjaan pada tahun ini sekitar 80,000 pekerjaan.

Menurut Tengku Zafrul – Menteri Kewangan (MOF) para pemohon pekerjaan dan orang awam boleh memanfaatkan peluang ini dengan melayari pautan MySTEP MOF, MyFutureJobs dan UpSkillMalaysia.

Berdasarkan inisiatif lalu, kerajaan telah berjaya menempatkan sekitar 66% pemohon pekerjaan di pelbagai segmen kerajaan dan agensi. Sementara 34% lagi di bahagian GLC.

Ingin mengulangi momentum tersebut, pentadbiran negara kini menyeru orang awam menceburi tawaran yang disediakan. Khususnya peluang kepada para graduan, orang kelainan upaya (OKU), serta para pemohon pekerjaan tanpa mengira peringkat umur.