Kerajaan China kini mengeluarkan arahan baharu, meminta penyedia platform penghantaran makanan untuk mengurangkan yuran yang dikenakan terhadap restoran. Hal ini adalah dalam usaha membolehkan restoran mengurangkan kos – terutamanya pasca-Covid kini.
Pada masa yang sama, kerajaan turut meminta cas yang lebih rendah di beberapa kawasan yang terjejas terus disebabkan oleh pandemik.
Walaupun langkah ini adalah bagus untuk restoran dan juga pengguna, namun penyedia perkhidmatan penghantaran makanan di China menghadapi cabaran – apabila saham Meituan sendiri menjunam tinggi selepas pengumuman ini oleh kerajaan China.