Artikel

AIA Hadir Dengan Pelan Insurans Untuk Kaca Mata – Pertama Di Malaysia

AIA sedia menawarkan beberapa pelan insurans untuk orang ramai, dan kini mereka turut bekerjasama dengan Focus Point dalam memperkenalkan pelan insurans pertama di Malaysia untuk perlindungan kaca mata.

Pelan perlindungan ini ditawarkan untuk pembeli kaca mata di Focus Point bermula 15 Februari – dimana ia meliputi kerosakkan tanpa sengaja, dan juga lanjutan tempoh jaminan.

Untuk kerosakkan tanpa sengaja, ia menawarkan pelan perlindungan untuk baik-pulih atau gantian sekiranya tidak boleh dibaiki. Dengan kebarangkalian kaca mata mudah rosak tanpa sengaja agak tinggi, berkemungkinan kita akan melihat permintaan tinggi untuk pelan ini.

Focus Point Kaca Mata

Dari segi bayaran, pelan ini mengenakan nilai premium sebanyak 3.71% daripada harga jualan atau belian. Harga minima pembelian adalah RM500, dan sehingga RM20,000.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak pelan insurans untuk kaca mata ini melalui laman rasmi Focus Point.