Orang awam bermula hari ini kini boleh terus mendaftar eCCRIS secara atas talian, tanpa perlu hadir ke Bank Negara Malaysia (BNM) atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Tindakan tersebut boleh dijalankan pada pautan eccris.bnm.gov.my.
Bagaimanapun tindakan pendaftaran pengguna baharu ini, memerlukan pembayaran RM1 tetapi wang tersebut akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 2 hari setelah pendaftaran dilaksanakan.
Sementara untuk pendaftaran bagi individu bukan warganegara dan syarikat pula boleh dilakukan melalui pautan eLINK iaitu Telelink BNM.