Artikel

Singapura Dijangka Naikkan Cukai GST Sehingga 9%

Demi mengimbangi kedudukan ekonomi, Singapura kini merancang untuk meningkatkan cukai kekayaan serta cukai barang dan perkhidmatannya (GST) ke atas penduduk Singapura.

Difahamkan di bawah cukai kekayaan merangkumi paras cukai pendapatan peribadi akan dinaikkan sehingga 24% untuk pendapatan melebihi S$1 juta. Manakala kenaikan GST pula dijangka akan meningkat kepada 8% bagi Januari 2023 dan 9% bagi Januari 2024.

Perancangan bajet itu menurut Bloomberg akan dimulakan pada 1 April kelak.

Menurut Menteri Kewangan Singapura – Lawrence Wong, langkah kenaikan ini akan menyeru penyertaan semua pihak terutama kelas atasan utnuk menyumbang bahagian yang lebih besar kepada ekonomi negara mereka.

Adanya pengenaan cukai ini, sekaligus dapat memulihkan kembali tabung awam Singapura. Untuk makluman, Singapura telah menggunakan sekitar S$100 bilion dana tabung bagi tangani krisis COVID-19 sepanjang 2 tahun ini.