Artikel

Paracetamol Kini Alami Kekurangan Bekalan – Di Farmasi, Kedai Serbaneka

Selain barangan mentah, barangan asas seperti ubatan Paracetamol di Malaysia kini dilaporkan sedang alami ketirisan bekalan pada premis farmasi dan kedai serbaneka.

Pengurangan ini disebabkan permintaan yang tinggi oleh orang awam untuk melegakan demam serta sakit kepala. Tambahan, keadaan COVID-19 ini telah meningkatkan lagi peratusan kebimbangan mereka akan tahap kesihatan semasa.

Situasi ini turut diakui oleh Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang – apabila memaklumkan tidak hanya di Malaysia, tetapi beberapa negara lain juga turut berdepan risiko kekurangan bekalan yang sama.

Berikutan isu ini, difahamkan segelintir pengguna negara lebih gemar mendapatkan bekalan tersebut secara atas talian berbanding membelinya di fizikal, susulan ketiadaan bekalan.

Paracetamol – atau dikenali sebagai acetaminophen, adalah ubat yang digunakan untuk melegakan demam dan sakit ringan hingga paras sederhana.