Artikel

Eksport Malaysia Kekalkan Pertumbuhan Awal 2022 – Meningkat 23.5%

Perdagangan negara kini memperlihatkan prestasi kukuh pada aliran pertumbuhan untuk Januari 2022, telah berkembang 24.8% mencecah jumlah RM203 bilion berbanding RM162.6 bilion pada data sebelumnya.

Ini dapat diperhatikan apabila aliran eksport meningkat 23.5% kepada RM110.7 bilion bagi Januari 2022. Ia adalah peningkatan yang baik sejak data Mei 2020.

Aliran positif ini menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah disokong hasil permintaan eksport domestik yang menyumbang 82.1% (RM90.9 bilion) pada jumlah eksport. Sementara eksport semula pula meningkat 13.2% dengan nilai RM19.8 bilion.

Untuk makluman eskport negara pada Disember 2021 telah alami penurunan sekitar 10.6% (RM13.1 bilion). Manakala bagi prestasi import pula menunjukkan sedikit peningkatan berbanding Disember 2021, dengan kenaikan kepada 26.4% pada Januari 2022.