Artikel

A&W Malaysia Terap Konsep Moden-Retro, Sasar Miliki Lebih 150 Cawangan Menjelang 2025

A&W Malaysia, terus merancang meningkatkan strategi perluasan mereka pada pasaran negara dengan sasaran miliki lebih 150 cawangan, menjelang 2025.

Langkah tersebut turut meliputi perluasan jenama di Sabah dan Sarawak dengan melibatkan anggaran kos bernilai RM75 juta kelak.

Sementara agenda pada tahun ini pula, pihaknya ingin merancakkan hasil jualan kepada RM200 juta, berbanding RM100 juta pada tahun 2021. Peningkatan ini dijangka akan disumbangkan oleh lebih 70 cawangannya setakat ini. Lebih menarik, tahun ini pihaknya akan melaksanakan penambahan 25 cawangan baharu.

Setakat ini, untuk mencapai sasaran itu A&W sentiasa menetapkan sasaran keuntungan sekitar RM13 juta hingga RM15 juta bagi jualan bulanan.

Seterusnya, berdasarkan penetapan tema cawangan – A&W Malaysia akan terus mengekalkan konsep moden-retro bagi cawanagan baharunya untuk menghasilkan nostalgia kepada pengguna dan menjadi tarikan buat golongan muda pada jenama mereka.