Artikel

Konflik Ukraine-Rusia Mengheret Penurunan Bursa Malaysia

Susulan ketegangan yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine – ini telah membawa kepada penurunan prestasi di Wall Street, sekaligus mempengaruhi aliran Bursa Malaysia, apabila kini mengalami penurunan dan dibuka rendah.

Data setakat 9.15 pagi, indeks utama FBM KLCI susut 1.78 mata kepada 1,603.24 daripada 1,605.02 ketika ditutup pada Khamis.

Mengikut pasaran, kaunter rugi kini mengatasi untung sekitar 314 berbanding 143, sementara 249 kaunter tidak berubah, 1,533 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Manakala, perolehan pula berjumlah 345.68 juta unit dengan nilai RM185.30 juta.

Untuk makluman sejak akhir dagangan semalam – Wall Street telah memaparkan prestasi lemah apabila Nasdaq kehilangan 2.9% dalam satu sesi. Dow kehilangan 1.8%, manakala S&P 500 mengurangkan lebih daripada 2%.