Kini tiada lagi kompromi, apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan mengenakan tindakan perundangan terus kepada penjaja yang berniaga di persimpangan lampu isyarat.
Ini kerana, kegiatan berniaga di persimpangan tersebut adalah salah di bawah Kaedah 10A(1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59) yang menunjukkan tiada urusan jual-beli di persimpangan atau mana-mana jalan raya.
Di mana individu boleh berdepan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan sekiranya disabitkan kesalahan.
Untuk makluman, ini bukanlah tindakan amaran kali pertama diberikan kepada penjaja yang terlibat. Bulan Januari lalu, sekitar 215 penjaja di lampu isyarat telah disaman, kini penguatkuasaan drastik perlu diterapkan untuk memberi pengajaran kepada pihak terlibat.
Tindakan menjaja di kawasan persimpangan lampu isyarat tidak hanya mengundang bahaya kepada peniaga, bahkan kepada para pemandu dan penunggang kenderaan juga.