Artikel

KKM Bakal Bangunkan Kiosk Bantuan MySejahtera Kepada Orang Awam – Mulai 19 Februari Ini

Rakyat Malaysia tidak lama lagi akan menerima kemudahan baharu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu hentian kiosk bantuan MySejahtera.

Pembangunan kiosk ini, adalah kelangsungan usaha KKM untuk meningkatkan produktiviti ciri ‘Helpdesk’ di aplikasi MySejahtera – bagi membantu orang awam menyelesaikan isu yang timbul pada aplikasi dengan secara fizikal.

Bagi peringkat awal, peletakan kiosk bantuan fizikal menurut Khairy Jamaluddin pada sidang media hari ini (17 Februari) – akan dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) PWTC mulai 19 Februari kelak. Manakala cawangan kiosk bantuan kedua pula akan dibangunkan di PPV IDCC Shah Alam pada 26 Februari 2022.

Sementara pembangunan kiosk bantuan di negeri lain pula akan dilaksanakan dari semasa ke semasa kelak. Segala pemberitahuan akan dimaklumkan pada arahan semasa KKM.