Untuk terus menangani isu jenayah negara melibatkan kecurian elektrik serta aktiviti melombong bitcoin secara haram – Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini memantau secara agresif kegiatan tersebut dengan sokongan teknologi dron.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, langkah menggunakan dron itu berkeupayaan mengesan haba panas dari udara premis yang disyaki terlibat menjalankan aktiviti melombong secara haram.
Penggunaan dron juga turut digerakkan meliputi kawasan yang memiliki rekod penggunaan elektrik terlalu banyak, akan tetapi bacaan meternya masih rendah.
Bagi pengetahuan umum, rekod selama 3 tahun ini menunjukkan Malaysia merekodkan sekitar 7,209 kes kecurian elektrik melibatkan premis bitcoin secara haram dan untuk rekod 4 tahun ia telah membawa kerugian kepada negara sekitar lebih RM2.3 bilion.