Artikel

Selangor, KL, Perak Dan Pulau Pinang – Negeri Tertinggi Sumbang Jenayah Bitcoin Di Malaysia

Tatkala penyertaan bitcoin semakin rancak sejak tahun lalu, ia tidak menidakkan berlakunya jenayah melombong bitcoin dalam kalangan pemain – yang telah membawa kepada nilai rampasan mencecah RM54 juta dengan 570 kertas siasatan telah dibuka.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman jumlah kerugian tersebut adalah lebih tinggi berbanding statistik tahun 2020 yang sekadar mencatatkan nilai rampasan RM1.26 juta.

Mengikut kategori negeri, ternyata Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang telah menyumbang kepada kegiatan melombong bitcoin secara haram yang tinggi di Malaysia

Bagaimanapun, kegiatan ini difahamkan berselidung disebalik jumlah kawasan perindustrian yang menggunakan tenaga elektrik tinggi untuk mengelak sebarang gangguan terdedah kepada umum.