Tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) bagi suku keempat 2021 kini telah memperlihatkan KLIA berjaya menduduki di tempat pertama pada pasaran dunia.
Menurut makluman ACI – Airports Council International, iaitu penyedia yang berperanan meninjau prestasi lapangan terbang dunia ini, Malaysia menggungguli kedudukan tersebut bersama 9 penyedia lapangan terbang antarabangsa lain untuk kategori sama.
Di mana, negara memiliki lebih 40 juta penumpang setahun serta mencapai skor 5.00 mata pada tinjauan global.
Pengiktirafan ini secara langsung akan meningkatkan lagi imej negara, disamping memperkemaskan infrastruktur dari semasa ke semasa. Ia juga menjadi suatu penghormatan untuk Malaysia terus menaik-taraf kualiti perkhidmatan kepada dunia.
Setakat ini, Januari memperlihatkan negara merekod sekitar 2.7 juta pergerakan penumpang untuk laluan domestik, dan secara keseluruhan Malaysia Airports memiliki 4.7 juta pergerakan penumpang sedikit menurun kepada 11%.