Artikel

Disney Rancang Bangunkan Komuniti Kediaman, Terapkan Tema Berasas Budaya Tempatan

Walt Disney, kini ke arah membentuk komuniti kediaman di Amerika Syarikat (AS). Ini secara langsung bakal memperlihatkan peranan StoryLiving iaitu unit perniagaan baharu Disney Land bersama Disney World untuk menwujudkan komuniti terancang dengan kerjasama pemaju hartanah.

Secara tidak langsung pembangunan kediaman ini dilihat akan menterjemahkan idea komuniti seperti mana yang digarapkan Disney pada taman tema dan produk hiburan mereka. Itu bermakna pelbagai kemudahan dapat diwujudkan dalam suatu kawasan komuniti secara sistematik.

Bagi peringkat awal, Disney telah mengumumkan pembangunan pertama komuniti kediamannya di Cotino dengan 1,900 unit rumah meliputi kediaman keluarga serta unit kondominium di Rancho Mirage, California selatan.

Namun, Disney setakat ini masih tidak memberi sebarang maklum-balas berhubung modal peruntukan pada pembangunan kediaman komuniti ini kepada umum.