IMF, Tabung Kewangan Antarabangsa kini menggesa negara maju untuk pantas bertindak – membantu negara sedang membangun depani krisis hutang yang semakin tinggi.
Situasi ini menurut Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva adalah dicetuskan oleh penularan COVID-19. Berdasarkan pemerhatian, sekitar 60% negara berpendapatan rendah dijangka alami lonjakan masalah hutang yang tinggi. Jangkaan ini dua kali ganda lebih tinggi berbanding krisis yang didepani pada tahun 2015.
Maka kebersamaan dengan kumpulan 20 negara (G20) amat digalakkan untuk membantu ekonomi dunia. Sejak tahun 2020 lagi, IMF telah menyarankan penglibatan dari aspek pelaburan bersama G20 mampu meningkatkan peluang pekerjaan dan ketidaksamaan ekonomi.
Setakat ini, inisiatif seperti pergantungan khidmat hutang sehingga Disember kelak dilihat berupaya membantu negara sedang membangun untuk meningkatkan kapasiti pinjaman mereka. Bagaimanapun kerancakkan bantuan harus segera dilaksanakan untuk memastikan pemulihan dapat dicapai dan ketirisan risiko dapat dilandaikan semula.
Antara negara G20 yang terlibat pada amaran ini adalah Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Mexio, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
Sementara berhubung hutang di Malaysia pula, IMF sejak tahun lalu telah melaksanakan pemantauan secara rapat terhadap tekanan peminjam di negara. Ini kerana susulan penamatan dan penawaran moratorium secara bersasar berpotensi meningkatkan tekanan hutang Malaysia.
Buat masa ini peningkatan hutang isi rumah negara telah mencecah paras 93.3%, sementara had hutang kerajaan pula berpotensi dilihat dinaikkan kepada 70% untuk beri ruang pada pemulihan ekonomi.