Artikel

DBKL Kini Menawarkan Kadar Khas Notis Kompaun – Sehingga 30 Jun 2022

DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Jubli Emas 50 tahun kini menawarkan inisiatif Kadar Khas Notis Kompaun 2022 kepada orang awam.

Penawaran kadar khas ini merangkumi notis kompaun trafik yang masih tidak dijelaskan dan mengikut kesalahan bagi notis kompaun kesalahan am.

Ini adalah penawaran kadar khas yang diberikan;

Buat pengguna yang berkaitan kaedah pembayaran boleh dilaksanakan secara terus pada kaunter fizikal DBKL, pembayaran tunai di kaunter pejabat POS, secara atas talian melalui JomPay dan aplikasi MOBIS-DBKL.

Untuk pengguna yang ingin melaksanakan pembayaran di pejabat POS atau aplikasi MOBIS-DBKL – diminta melaksanakan kemaskini data pemilik kenderaan di sistem Mysikap JPJ dalam tempoh 24 jam terlebih dahulu, sebelum melanjutkan pembayaran di dua segmen tersebut.