Artikel

TNG Go+ Sekali Lagi Hadir Dengan Pemberian Bonus Harian Tambahan – Kini Sebanyak 2% (p.a)

TNG Go+ merupakan salah satu ciri pelaburan yang terbina pada aplikasi dompet digital Touch Go eWallet. Melaluinya, pengguna boleh menyimpan baki dompet, sekaligus menjana pendapatan tambahan secara harian melaluinya.

Terbaru, TNG GO+ hadir dengan promosi khas yang menawarkan bonus tambahan sebayak 2% berbanding dengan pulangan harian biasa. Sebagai contoh, sekiranya kadar harian adalah sebanyak 1.5% (p.a), maka kini pengguna boleh menikmati kadar sebanyak 3.5% (p.a) atas simpanan mereka di TNG Go+. Promosi ini dijalankan TNG sehingga 30 April 2022 ini.

Apa pun, pengguna perlu memastikan baki akaun di Go+ mempunyai kadar minima sebanyak RM200 untuk dapat menikmati kadar pulangan bonus tambahan ini. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak tawaran baharu ini melalui aplikasi TNG eWallet, serta membaca terma keseluruhan melalui laman TNG hari ini.