Artikel

AirAsia X Terus Berdepan Kerugian – Berjumlah Sekitar RM11.94 Juta

AirAsia X Bhd, kini mencatatkan kerugian bersih sekitar RM11.94 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 31 Disember 2021 – bersama perolehan RM119.31 juta. 

Berdasarkan makluman Bursa, tiada dividen diumumkan, diluluskan serta dibayar pada suku yang ditinjau. Ini berikutan perubahan tahun kewangan yang dilakukan pada tahun lalu. 

Mengikut tempoh 3 bulan sehingga data Disember 2021, kumpulan telah miliki pendapatan sekitar RM119.4 juta melalui operasi kargo dan pajakan. Malah memperlihatkan peningkatan sejumlah RM48.5 juta (68%) berbanding suku sebelumnya meskipun masih berdepan kerugian berterusan. 

Untuk makluman data sehingga Jun 2021 memperlihatkan kumpulan memiliki nilai kerugian bersih berjumlah RM33.69 juta, dan terus mencatatkan kerugian pada suku pertama dengan nilai RM149.14 juta

AAX bagaimanapun kekal optimis dan menjangkakan prestasi kumpulan akan terus melonjak setelah pengaktifan kapasiti pesawat serta kargo mula diperluaskan ke pasaran. 

Perkembangan segmen ini akan membantu kumpulan membina semula pengaruh AAX dalam industri.