Artikel

PNB, ASNB Perolehi Pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah

Permodalan Nasional Bhd (PNB) serta Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) kini telah memperolehi pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah. 

Penerimaan sijil tersebut buat pengetahuan umum telah diberikan oleh SIRIM Qas International secara sidang tertutup. Melalui perolehan ini ia secara terus seiring dengan matlamat PNB untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna disamping terus mengekalkan etika kerja. 

Bagi penjelasan lanjut Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) adalah suatu sistem pengurusan yang dibina bagi membantu sesebuah organisasi dalam mencegah, mengesan dan mengambil tindakan keatas kesalahan rasuah dan mematuhi undang-undang anti-rasuah.