Pihak bank pusat atau bank negara India kini memberi amaran terhadap kerajaan, mengatakan dagangan kriptowang adalah seperti kepada skim “Ponzi” – atau mungkin lebih teruk lagi.
Melalui komen yang dikeluarkan timbalan gabenor RBI (Reserve Bank of India), ia dikatakan kriptowang tidak memenuhi definisi sebagai matawang, aset atau komoditi. Ia juga tiada sebarang aliran tunai disebaliknya, serta tiada sebarang nilai intrinsik.
Hal ini sekaligus menjadikan ia lebih kepada sebuah skim Ponzi, atau mungkin lebih teruk lagi.
Buat masa ini, kerajaan India masih belum mengeluarkan sebarang perundangan terhadap dagangan kriptowang. Komen ini hadir selepas langkah kerajaan yang mengumumkan akan mengenakan cukai sebanyak 30% terhadap keuntungan daripada dagangan kripto.
Apa pun, gabenor bank pusat India mengatakan ia menganggu kestabilan kewangan disebabkan oleh ketidak-stabilan dan mudah-ubah, disamping disebabkan tiada aset disebaliknya.