Artikel

Louis Vuitton Bakal Naikkan Harga Jualan – Susulan Bebanan Kos Operasi

Tidak hanya harga barangan tempatan, tetapi barangan premium juga turut mengalami kesan yang sama disebabkan bebanan kos operasi global ketika ini.

Ini dapat dilihat apabila Louis Vuitton (LVMH), penyedia barangan fesyen mewah mula memutuskan untuk menaikkan harga produk mereka susulan risiko yang dihadapi. Secara tidak langsung menjadikan mereka antara jenama mahal terawal yang berbuat demikian.

Mengikut laporan, tindakan LV adalah bertujuan untuk melindungi paras margin operasi dan pihaknya merancang kenaikan akan dilakukan di seluruh cawangan global.

Buat pengetahuan umum, kenaikan harga ini tidak hanya meliputi produk tas tangan sahaja tetapi turut merangkumi harga minyak wangi serta aksesori sampingan.