Artikel

Moderna Bakal Perluas Anak Syarikat Di Asia – Termasuklah Malaysia

Moderna Inc, firma bioteknologi dan farmaseutikal global kini merancang untuk menubuhkan anak syarikat baharu di beberapa pasaran negara Asia – termasuklah di Malaysia.

Pembangunan anak syarikat ini secara terus menunjukkan negara Asia memiliki potensi dalam lanjutan komersial pada segmen teknologi perubatan. Adanya kehadiran syarikat bioteknologi perintis terapeutik dan vaksin mRNA, ini akan membantu permintaan pasaran termasuklah pertumbuhan ekonomi negara terlibat.

Selain Malaysia, tiga anak syarikat lain yang akan dibangunkan adalah di Singapura, Taiwan serta Hong Kong.

Buat pengetahuan umum, Moderna menjadi antara penyedia vaksin COVID-19 yang diiktiraf global. Kini tersedia pada lebih 70 pasaran dunia, termasuklah 19 di rantau Asia.