Artikel

Capital A Rancang Raih Lebih RM400 Juta Untuk Khidmat Selenggara Pesawat

Capital A, syarikat induk AirAsia kini sedang mengumpul modal melebihi RM400 juta untuk segmen kejuruteraannya, Asia Digital Engineering (ADE).

Pengumpulan modal ini bertujuan membangunkan kemudahan seluas 380,000 kaki persegi untuk penyelenggaraan dan pembaikan dan baik pulih (MRO) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bagi tujuan itu, untuk pelaksanaan awal sekitar RM250 juta akan dibelanjakan oleh kumpulan dalam membina kemudahan.

Tidak hanya Malaysia, ADE juga turut berhasrat melaksanakan usaha yang sama pada kemudahan di Thailand, Filipina serta Indonesia.

Mengikut sasaran perancangan ini akan dimulakan pada pertengahan 2022 dan dapat diselesaikan menjelang tahun 2024 kelak.