Artikel

Bekalan Ayam Dan Telur Dijangka Kembali Stabil Dalam Masa Empat Bulan

Kerajaan kini menyasarkan untuk bekalan ayam dan telur kembali stabil dalam tempoh empat bulan akan datang. Hal ini selari dengan subsidi yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu pemain industri dan penternak ayam.

Akhir-akhir ini, ia dikatakan harga dedak meningkat, sekaligus membuatkan bekalan ayam terjejas. Kerajaan, sejak 5 Februari lepas telah mula menawarkan subsidi sebanyak 60 sen per kilogram untuk dedak ayam – sekaligus membantu penternak ayam mengurangkan kos, dan meningkatkan bilangan ayam.

Disebabkan ia mengambil masa sekitar 35 ke 40 hari untuk menternak ayam, kerajaan menyasarkan semuanya kembali stabil dalam tempoh sekitar 4 bulan. Sementara itu, kerajaan telah mengambil sejumlah langkah dalam mengatasinya, termasuk mengimport ayam dari luar negara.

Sebelum ini, pelbagai industri terjejas, termasuk restoran KFC yang dilihat turut mengalami masalah bekalan ayam untuk dijual.