Aerodyne bersama hab TVET (latihan, pendidikan vokasional dan teknikal) – Akademi Petrosar kini mengatur kerjasama dengan meluaskan kepakaran mereka pada pasaran Sarawak dan Borneo.
Melalui aturan itu, kedua-dua pihak bersepakat melengkapkan arena pasaran dengan teknologi dron, pengurusan data serta penyelesaian teknologi digital (DT3). Agenda ini secara langsung akan membantu pembangunan teknologi di Malaysia, khususnya dengan kelebihan yang terdapat pada pasaran dalam khidmat kejuruteraan minyak dan gas serta bahagian infrastruktur.
Usaha ini turut dapat meningkatkan kecekapan pendigitalan perniagaan, disamping membuka ruang pada penambahbaikan ekonomi negara – iaitu dengan penawaran peluang pekerjaan yang lebih tinggi.
Kedua-dua pihak turut menjangkakan, kesepakatan ini mampu membantu Malaysia mencapai status negara berteknologi di masa hadapan. Ini perlu dipupuk bersama sokongan pendidikan negara seperti TVET.