Artikel

Selangor Dijangka Perkenal Dompet Digital Mulai Mei 2022

Selangor terus tampil sebagai negeri yang keterdepan dalam memanfaatkan penggunaan teknologi di Malaysia. Kini pihaknya bakal melaksanakan penggunaan dompet digital dalam tempoh 3 bulan mendatang.

Menurut Exco Perdagangan dan Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim, usaha ini akan membantu penduduk memiliki kemudahan dari aspek pengurusan khidmat awam serta dapat menerima agihan dana secara terus pada dompet digital tersebut.

Tidak hanya itu, medium E-Wallet Super App Selangor ini turut akan menerima pembayaran cukai serta pembayaran parkir nirtunai di Selangor.

Setakat ini anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah mencapai kesepakatan pelaburan bersama Selangor E-Wallet, Kumpulan Syarikat Wavpay. Kesepakatan ini akan memperlihatkan himpunan khidmat antaranya dari kerajaan negeri, PBT – pihak berkuasa tempatan serta badan berkanun.

Secara langsung inisiatif ini tidak sekadar mewujudkan komuniti nirtunai, tetapi turut menyatukan manfaat kewangan bersama kebajikan sosial masyarakat awam.