Artikel

Dividen KWSP Disasar Capai Paras 5.2% Hingga 6%

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini dijangka akan mengumumkan dividen pada akhir bulan Februari atau awal Mac 2022 kelak. Dan dijangka kadar tersebut berpotensi mencecah paras 5.2% sehingga 6%.

Jangkaan tersebut pada pengamatan pakar ekonomi, didorong oleh pelaburan kasar yang lebih tinggi, disamping prestasi pasaran modal yang lebih baik.

Seperti yang umum ketahui, KWSP telah mencatatkan RM48.02 bilion pendapatan pelaburan kasar sepanjang 9 bulan pertama bagi tahun 2021. Ini secara langsung memaparkan lonjakan bagi data tahun-ke-tahun, sebanyak 7.7%.

Maka peluang dividen pada 2021 dilihat akan lebih tinggi, sekiranya prestasi disokong oleh pendapatan korporat yang lebih baik pada suku keempat. Sasaran positif ini turut dicetuskan atas usaha KWSP mempelbagaikan portfolio pelaburannya ke pasaran luar negara bersama ekuiti asing.

Ini secara langsung akan menerbitkan kesan positif pada kadar dividen KWSP di masa hadapan secara berterusan.