Artikel

Malaysia Airlines Kuat Kuasa Larangan Makanan Panas Sendiri – Dalam Penerbangan

Malaysia Airlines Bhd, kini serta-merta menguatkuasakan larangan ke atas sebarang makanan panas sendiri atau makanan sedia makan di dalam segmen penerbangan, atas faktor keselamatan.

Menurut Malaysia Airlines kategori makanan ini termasuklah pek haba makanan dan minuman adalah tidak dibenarkan dibawa di dalam bagasi oleh penumpang serta kru kabin. Kesejahteraan semua pihak adalah keutamaan Malaysia Airlines pada isu ini.

Langkah ini melihat penggunaan pembungkusan kategori makanan tersebut mengandungi bahan seperti magnesium dan karbon pepejal  pemanasan sendiri Рberupaya membebaskan gas mudah terbakar apabila bersentuhan dengan air.

Ini akan memberi risiko kepada keselamatan para penumpang.