Artikel

Asia Pasifik Dijangka Memerlukan Sekitar 17,620 Pesawat Baharu – Menjelang 2040

Prestasi pesawat seharusnya dipertingkatkan dari semasa ke semasa oleh industri penerbangan, bagi memastikan kecekapan panelnya kekal seimbang demi kepentingan ekonomi.

Melihat situasi itu, ternyata dalam tempoh 20 tahun mendatang – industri penerbangan Asia Pasifik memerlukan sekitar 17,620 pesawat penumpang dan pengangkutan baharu menjelang 2040, untuk perkukuhkan kecekapan operasi.

Pemerhatian Airbus ini melihat hampir 30% daripada jumlah pesawat sedia ada perlu digantikan dengan komponen baharu. Saranan ini selaras dengan potensi yang dimiliki oleh negara Asia Pasifik untuk tampil menyerlah pada industri penerbangan.

Berdasarkan jangkaan juga, prestasi ekonomi Asia Pasifik akan berkembang 3.6% setahun berbanding paras purata dunia sekitar 2.5%. Ini menunjukkan pertumbuhan berganda buat rantau Asia Pasifik menjelang 2040.

Mengikut jarak penerbangan, bagi segemen perjalanan sederhana serta jauh – Asia Pasifik akan menyumbang sekitar 42% kepada keperluan perjalanan global. Sasaran ini secara jelas menunjukkan potensi rantau Asia Pasifik.

Meskipun semua negara Asia ke arah pemulihan, namun pertumbuhan trafik penerbangan dijangka akan mencapai paras yang sama pada tahun 2019, menjelang 2023 kelak.

Adanya usaha yang konsisten, ini akan membantu semua negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Vietnam meraih kembali keuntungan dan penawaran peluang pekerjaan kepada pemain industri yang terkesan sebelum ini.