Artikel

Pemilik EV Kini Boleh Mohon Pengecualian Cukai Jalan – Mulai 15 Februari

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini melaksanakan pemberian insentif pengecualian bayaran fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada kenderaan motor elektrik (EV) dan kenderaan motor Orang Kelainan Upaya (OKU).

Langkah ini selari dengan agenda yang dibentangkan pada Belanjawan 2022, tahun lalu.

Untuk makluman, pengecualian ini tidak terpakai bagi mana-mana kenderaan jenis hibrid yang memiliki enjin pembakaran dengan sumber petrol ataupun diesel untuk kategori EV. Bagi pihak yang terlibat, permohonan pengecualian fi untuk EV akan mula dibuka pada esok (15 Februari), sementara kenderaan milik OKU pula boleh dilakukan pada 15 Mac kelak.

Sebarang perincian lanjut, orang awam boleh layari pautan rasmi Kementerian Pengangkutan (MOT) atau JPJ untuk penjelasan seterusnya.