AirAsia X bersama Teleport segmen logistik kargo Capital A kini merangcang memperkasakan segmen kargo pesawat dengan menggunakan sepenuhnya ruang kargo pada pesawat A330-300 milik AAX.
Langkah pemerkasaan segmen kargo ini akan dijalankan selama 1 tahun.
Di mana ini akan memperlihatkan agenda AAX untuk meningkatkan hasil bukan penumpang mereka. Seperti yang umum ketahui, sebelum ini AirAsia telah meluaskan kerjasama dengan peneraju logistik global iaitu GEODIS bagi pengendalian pasaran Asia Pasifik.
AirAsia X menjangkakan pada masa hadapan, melalui perluasan segmen logistik ini pendapatan perkhidmatan kargo akan menyokong strategi laluan penerbangan mereka. Iaitu hasilnya akan meningkat dan buat pertama kalinya, khidmat para penumpang akan menjadi pendapatan sampingan.
Menerusi pemacuan itu, ia turut merancakkan semula operasi penerbangan AirAsia X dan berpotensi memanggil semula khidmat juruterbang dan kru kabin yang terkesan disebabkan COVID-19 sebelum ini.