Artikel

Populasi Malaysia Kini Berjumlah 32.4 Juta Penduduk – Jumlah Golongan Muda Menurun

Penemuan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 kini mendapati populasi penduduk Malaysia adalah berjumlah 32.4 juta.

Pendedahan itu dilakukan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri pada hari ini (14 Februari) di pelancaran laporan penemuan utama banci malaysia 2020.

Berdasarkan data, purata kadar pertumbuhan tahunan penduduk (CAGR) negara adalah sekitar 1.7% bagi tempoh 10 tahun. Di mana jumlah penduduk mengikut kategori warganegara adalah 29.8 juta (91.7%) sementara 2.7 juta pula adalah bukan warganegara.

Mengikut nisbah jantina pula – lelaki mencatatkan sekitar 52.3% sementara wanita pula 47.7%. Angka ini bersamaan dengan nisbah 110 lelaki berbanding 100 wanita.

Manakala bagi kumpulan warga emas pula mencatatkan peningkatan dengan jumlah 3.4 juta penduduk iaitu 10.4% daripada populasi negara. Berbeza dengan kumpulan muda yang menurut kepada 24% daripada populasi.

Secara am, jumlah kesleuruhan ini lebih rendah berbanding anggaran yang dilakukan sebelum ini iaitu sekitar 32.65 juta penduduk.