Artikel

Jabatan Kastam Terap Pemakaian Kamera Badan Mulai Jun Ini, Sasar Tangani Isu Rasuah

Jabatan Kastam Diraja Malaysia, tidak lama lagi bakal menerapkan pemakaian kamera badan ke atas penguatkuasa mereka mulai Jun 2022.

Tindakan itu akan dilakukan secara berperingkat untuk kegiatan lapangan. Bagi fasa pertama, sekitar 100 anggota kastam akan terlibat pada pemakaian kamera badan.

Menurut Jabatan Kastam, penerapan secara berperingkat ini adalah mengambilkira peruntukan yang perlu disediakan pada panel kamera badan tersebut.

Dengan adanya usaha ini, ia secara langsung akan membantu pihak Kastam mengatasi isu rasuah dan mengekang sebarang aktiviti salah laku dalam kalangan petugas mereka.

Buat pengetahuan umum, hanya pasukan teknikal sahaja yang memiliki kelebihan untuk menyemak klip rakaman tersebut. Ini bermakna, setelah pemakaian kamera badan ia tidak boleh dipadam mahupun dicabut oleh petugas.

Secara langsung memberi peringatan kepada penguatkuasa akan tahap integriti mereka ketika menjalankan tugas lapangan.