Artikel

Sistem Saraan Petugas Awam Tertakluk Pada Kedudukan Kewangan Semasa Malaysia

Sistem saraan Malaysia bagi petugas awam ketika ini masih lagi dalam peringkat pembaharuan dan kajian oleh kerajaan negara.

Ketua Setiausaha, Mohd Zuki Ali menjelaskan pelaksanaan sistem saraan ini adalah bergantung kepada kedudukan kewangan semasa.

Pihaknya akui akan usul Cuepacs untuk meneliti kembali tuntutan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang menggariskan penjawat awam masih lagi di paras kemiskinan. Situasi ini secara jelas, sukar untuk negara mengapai matlamat pendapatan tinggi menjelang 2025 kelak.

Buat pengetahuan umum, pendapatan isi rumah negara kini di paras RM2,008 adalah ditakrif sebagai miskin.

Maka untuk lanjutan itu, jawatankuasa pembaharuan khidmat awam bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melaksanakan kajian, semua pihak diminta menunggu makluman keputusan dari semasa ke semasa.