Artikel

Kerajaan Akan Teliti Keperluan Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah

Disebabkan oleh gelombang Omicron, kita kini melihat peningkatan kes jangkitan Covid-19 melebihi 20,000 ke sehari. Selari dengannya, Ketua Setiausaha Negara kini mengatakan kerajaan akan meneliti sama ada terdapat keperluan utuk penjawat awam bekerja dari rumah atau sebaliknya.

Buat masa ini, tiada sebarang perkara yang telah ditetapkan. Perkara ini perlu dibincang dan diputuskan oleh mesyurat jemaah menteri sebelum boleh dilaksanakan – melibatkan lebih 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara.

Menurut Ketua Setiausaha Negara lagi, buat masa ini apa yang paling mustahak adalah patuh pada SOP Covid-10, dan ikut arahan yang diberikan pihak berwajib.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut mengalakkan majikan melaksanakan semula Bekerja Dari Rumah dengan sistem bergilir.