Foxconn, firma yang berpangkalan di Taiwan kelak akan sertai pelaburan dalam pengeluaran kenderaan elektrik (EV), beserta bateri di pasaran Indonesia pada suku ketiga kelak iaitu mulai Julai 2022.
Mengikut sasaran, pelaburan ini dijangka mencapai AS$8 bilion.
Penglibatan ini secara langsung akan memperlihatkan pembangunan kilang seluas 200 hektar di perindustrian Batang, Jawa Tengah. Hab tersebut akan berfungsi mengeluarkan sel bateri katod, bersama komponen ganti telekomunikasi kenderaan.
Tidak hanya Foxconn, penyertaan pelaburan ini juga turut akan menampilkan perkongsian bersama 5 pihak kepentingan lain. Langkah perluasan ini secara langsung akan memperkasakan industri EV Indonesia pada pasaran Asia Tenggara.
Kerjasama ini juga secara langsung akan menampilkan kesepakatan Foxconn bersama Kementerian Investasi dan penyedia automotif lain seperti Taiwan Gogoro, firma tenaga PT Indika Energy serta Indonesia Battery Corporation.