Artikel

Starbucks Beri Tumpuan Konsep Pandu-Lalu – Optimis Buka 38 Cawangan Tahun Ini

Pembukaan sektor ekonomi negara nyata membuka kembali peluang perniagaan untuk meraih keuntungan. Antara yang menerima manfaat itu adalah Starbucks, yang terus papar peningkatkan prestasi pada jualan.

Pengukuhan itu secara langsung telah meningkatkan hasil Berjaya Food kepada RM272.75 juta pada pertumbuhan jualan. Sementara keuntungan bersih pula meningkat kepada RM38.8 juta pada suku kedua yang berakhir pada 31 Disember 2021.

Tidak hanya Starbucks, cawangan Kenny Roasters turut memperlihatkan prestasi yang membrangsangkan pada pertumbuhan pendapatan.

Melihat pada pemulihan ini, Berjaya kekal menetapkan rancangan mereka untuk membuka 38 buah cawangan baharu Starbucks pada 2022. Meskipun berdepan sasaran kenaikan harga minuman, langkah perluasan masih diteruskan.

Seperti yang umum sedari, perancangan sejak Oktober 2021 ini akan memberikan tumpuan pada konsep pandu-lalu. Tinjauan syarikat mendapati permintaan pembelian segmen pandu-lalu memaparkan pengukuhan. Ini sejajar dengan perubahan tabiat pengguna, untuk menjamin kesejahteraan mereka ketika membeli minuman dan makanan.

Setakat ini secara keseluruhan – Starbucks Malaysia memiliki sekitar 343 cawangan di seluruh negara.