Coca-Cola, syarikat minuman global berhasrat untuk tingkatkan amalan kelestariannya, dengan menyasar 25% pembungkusan produk di seluruh dunia boleh diguna-semula menjelang 2030.
Inisiatif ini telah mula diperlihat sejak tahun 2020, apabila sekitar 16% pembungkusan produknya boleh diguna-semula. Meskipun telah mengerakkan usaha hijau, Coca-Cola menjadi antara syarikat utama yang menyumbang kepada pencemaran plastik dunia setakat 2021.
Menurut tinjauan Break Free From Plastic ketika melakukan pembersihan di kawasan persisir, 45 buah negara – pihaknya menemui hampir 20,000 sisa produk Coca-Cola. Situasi membimbangkan ini wajar diambil langkah proaktif oleh pihak syarikat.
Menerusi peningkatan kelestarian Coca-Cola ini ia tidak sekadar menambahbaik pembungkusan produk mereka, tetapi dapat mendorong jenama lain untuk sama mencapai agenda dunia tanpa sisa – antaranya seperti PepsiCo dan Unilever.