Artikel

AirAsia Bakal Laksana Perubahan Penting Pada Organisasi

AirAsia Aviation Ltd, syarikat pegangan kumpulan penerbangan AirAsia bakal mengumumkan perubahan penting dalam penstrukturan organisasi syarikat pada 11 Februari ini.

Perkongsian pengumuman itu diterima Rnggt pada hari ini (10 Februari) dalam jemputan media secara maya, di mana Tony Fernandes akan memberi perincian lanjut kelak.

Tidak hanya beberapa perubahan penting, syarikat juga pada masa sama akan turut memaklumkan penubuhan lembaga pengarah bebas – merangkumi kedudukan Pengerusi Bukan Eksekutif  syarikat untuk memperkasakan pertumbuhan entiti.

Seperti yang umum ketahui, Tony telah melakukan beberapa perubahan sejak akhir 2021 – antaranya mengalami pertukaran nama kumpulan kepada Capital A.

Langkah itu bertujuan untuk memberi fokus kepada strategi perniagaan teras baharu AirAsia sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan bersama portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup.

Kini, Capital A memiliki 16 produk serta perkhidmatan untuk para pengguna. Penawaran ini bermatlamat untuk meningkatkan pelbagai akses kepada lebih 700 penduduk di seluruh rantau Asia.