Artikel

Biskut Dan Kuih Raya Mungkin Naik Harga

Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada awal bulan Mei 2022 kelak, dan pelbagai penjual telah pun memulakan persediaan awal untuknya. Ini termasuk persediaan dari segi untuk jualan dan penghasilan biskut raya.

Terbaru, melalui Sinar Harian, harga jualan untuk biskut dan kuih raya dilihat mungkin meningkat pada tahun ini. Hal ini adalah disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran paada hari ini.

Beberapa peniaga dan penjual borong telah mengesahkan perkara ini – malah ada yang turut risau akan kekurangan stok di pasaran menjelang hari raya.

Disamping harga bahan mentah, kos upah pekerja turut dijangka memainkan peranan dalam peningkatan harga jualan.