Startup bagi segmen makanan dan minuman (F&B) di Asia Tenggara kini mula mengukuhkan kedudukan mereka pada pasaran global, apabila berjaya meraih sehingga AS$461 juta dalam dana-usaha bagi data 2021.
Peningkatan penyertaan pelaburan secara mendadak ini dilihat mula tercetus sewaktu dunia berdepan fasa pandemik COVID-19 pada awal 2020, iaitu dari nilai AS$250 juta kepada AS$461 juta.
Sementara mengikut laporan prestasi negara yang terlibat, Malaysia telah mencatatkan perolehan dana-sama (VF) sejak 2012 sehingga 2021 sekitar AS$44 juta. Manakala Indonesia pula meraih penyertaan dana-sama yang lebih tinggi pada tempoh yang sama iaitu AS$644 juta, diikuti Singapura sekitar AS$152 juta.
Bagi negara lain pula – Filipina mencatatkan jumlah dana-sama AS$38 juta, Vietnam (AS$36 juta) dan Thailand (AS$31 juta).
Meskipun ruang pasaran Asia Tenggara masih jauh untuk menyaingi paras China dan AS, tetapi dengan dorongan teknologi – penerokaan segmen ini bakal meningkatkan potensi negara Asia.