Artikel

Tatkala Berdepan Hutang Tinggi, Evergrande Optimis Siapkan 600,000 Pangsapuri Tahun Ini

Evergrande, syarikat pemaju hartanah China yang berdepan nilai hutang lebihi AS$300 bilion kini optimis menyelesaikan pembinaan sekitar 600,000 pangsapuri pada tahun ini.

Meskipun bergelut dengan masalah kewangan, firma itu melihat tindakan mengerakkan semula operasi akan membantu syarikat memulihkan kembali krisis yang berlaku. Langkah ini adalah sebahagian dari agenda kumpulan yang ingin menyelesaikan 50% kediaman pra-jualannya pada tahun ini.

Setakat data 2021, Evergrande telah merekodkan jualan kontrak sekitar 443 bilion yuan iaitu menurun 39% berbanding data 2020. Bagi merancakkan semula pertumbuhan, sejak Disember lalu firma telah mula meningkatkan penyelesaian kediaman daripada 10,000 pangsapuri kepada 39,000 pangsapuri.