Artikel

Kadar Pengangguran Menurun – Sekitar 694,400 Orang Menganggur Pada Suku Ke-4, 2021

Kadar pengangguran di Malaysia dilihat menurun pada suku ke-4 2021 yang lepas, dan kini adalah sekitar 4.3% berbanding dengan 4.7% pada suku ketiga 2021 lepas.

Dengan penurunan ini, kini ia dianggarkan sekitar 694,400 orang, memperlihatkan penurunan sebanyak 51,800 orang berbanding suku tahun ketiga 2021 lepas.

Pembukaan semula ekonomi sejak suku keempat 2021 lepas, menyaksikan ramai mendapat semula pekerjaan, dan menjana kembali pendapatan.

Jikalau dibandingkan secara tahunan, ia turut memperlihatkan penurunan sebanyak 0.5% berbanding pada tahun 2020 lepas yang mencatatkan pengangguran pada kadar 4.8%.