Artikel

China Rancang Sokong Pembayaran Rentas Sempadan Melalui Mata Wang Digital, e-CNY

Setelah melaksanakan ujian rintis penerapan Yuan digital, China kini merancang melebarkan perluasan tersebut dengan mengukuhkan sistem pembayaran rentas sempadannya bersama e-CNY – mata wang digital China. 

Menurut Reuters, usaha ini adalah sebahagian strategi 5 tahun negara tersebut dalam menyeragamkan insfrastruktur kewangan disamping memperkasakan sistem monetari antarabangsa. 

Berdasarkan rancangan, pelan itu dilaksanakan mulai 2021 – 2025 oleh 4 agensi kerajaan. Ia termasuklah penglibatan bank pusat China (PBOC) berserta badan pemantau sekuriti. 

Buat pengetahuan umum, aturan ini telah mula diperlihat sejak Julai tahun lalu dan PBOC akui meskipun secara teknikalnya bersedia untuk kegunaan rentas sempadan, e-CNY masih ditumpukan pada pembayaran runcit domestik.