Artikel

Pfizer Dijangka Menjana RM226 Bilion Pada 2022 Atas Jualan Berkaitan Perubatan Covid

Pfizer merupakan salah satu nama yang tidak asing bagi semua pada hari ini, kerana populariti vaksin Covid-19 yang ditawarkan mereka.

Terbaru, Pfizer mengatakan mereka menyasarkan pendapatan berjumlah $32 bilion (~RM134 bilion) dari jualan vaksin Covid-19, selain $22 bilion (~RM92 bilion) daripada pil Paxlovid yang memfokuskan rawatan koronavirus. Ini sekaligus menjadikan jumlah pendapatan yang disasarkan untuk tahun 2022 adalah $54 bilion (~RM226 bilion).

Ini boleh dikatakan hanya sebahagian daripada pendapatan, dan bukannya sasaran pendapatan penuh memandangkan mereka turut menjual pelbagai perubatan lain.

Pada masa yang sama, Pfizer turut menyatakan mereka turut akan menggunakan teknologi mRNA dalam merawat penyakit genetik melibatkan hati, dan otot. Selain itu, pembangunan fasa kedua vaksin mRNA untuk selesema dijangka akan dimulakanpada tahun ini.