Razorpay, salah satu syarikat memfokuskan pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan dari India, kini telah mengambil-alih syarikat teknologi kewangan tempatan, Curlec.
Curlec telah ditubuhkan pada 2018 yang lepas, dengan fokus kepada pembayaran berbentuk berulang seperti langganan, selain menawarkan penyelesaian teknologi kewangan.
Curlec dikatakan pengambil-alihan adalah antara $19 ke $20 juta, dan Razorpay akan ambil-alih 100% pegangan dalam tempoh kurang 18 bulan lagi.
Dengan pengambil-alihan ini, Razorpay menyasarkan untuk menjadi destinasi utama untuk semua berkaitan pembayaran dan keperluan perbankan di Malaysia.