Artikel

HappyFresh Supermarket Cetus Kenaikan 300% Pertumbuhan Pengguna

HappyFresh, penyedia runcit tempatan kini terus melebarkan platformnya menerusi pengenalan HappyFresh Supermarket di Kuala Lumpur, Jakarta Indonesia dan Bangkok Thailand.

Setelah hampir 2 bulan operasi dilaksanakan, perluasan ini berjaya mencatatkan peningkatan pertumbuhan pengguna dengan rekod 300%. 

Menurut Hunhui Hu, Pengarah Urusan Malaysia – perluasan ini tidak hanya mengutamakan harga yang kompetitif, tetapi turut meletakkan keutamaan pada kualiti perkhidmatan operasi. Tindakan ini untuk memenuhi permintaan pengguna dan seiring dengan perubahan pembelian yang kini terarah ke atas talian. 

Selain ingin tampil selaku pusat sehenti runcit, HappyFresh turut menerapkan amalan lestari pada pembungkusan produk. Di mana pihaknya turut mula mengurangkan penggunaan plastik pada produk secara berperingkat. Setakat ini, penerapan tersebut mula dilakukan di Malaysia dan Indonesia.