Artikel

Shopee Memperluaskan Ciri SPayLater Untuk Pembelian Di Kedai Fizikal, Luar-Talian

Shopee melaluii perkhidmatan kewangan ShopeePay, sedia menawarkan ciri SPayLater. Melaluinya, pengguna boleh berbelanja dahulu, dan membayarnya pada penghujung bulan. Selain itu, pengguna turut boleh memilih untuk melakukan pembayaran ansuran secara bulanan – namun tertakluk kepada caj faedah, yang mungkin tidak sesuai untuk semua, dan diharamkan.

Setelah menawarkan untuk pembelian atas-talian sebelum ini, kini Shopee turut memperluaskan SPayLater untuk pembelian di kedai-kedai fizikal.

Shopee Offline

Antara kedai yang menyokongnya adalah termasuk Caltex, Petro, BHP, KFC, Ninso, A&W, Eco, Giant, Mr DIY, Hero Market dan myNEWS. Dengan langkah ini, anda boleh berbelanja dahulu, dan membayarnya pada penghujung bulan apabila terima gaji.